The Magnolia Story

This eBook includes the full text of the book plus

You are here: Home - Books - Bagaikan Puteri


Bagaikan Puteri

Bagaikan Puteri By Ramlee Awang Murshid Bagaikan Puteri Awan Kalau dapat kucapai maka saktilah hamba Bagaikan Puteri Apabila hujan turun melimpahlah air dari perbukitan aliranmenujah batu melekuk tanda waktu beralib seiring nyawamenghanyut usia sejal

  • Title: Bagaikan Puteri
  • Author: Ramlee Awang Murshid
  • ISBN: 9789831242186
  • Page: 250
  • Format: Paperback
  • Bagaikan Puteri By Ramlee Awang Murshid Awan Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba Bagaikan Puteri Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliranmenujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawamenghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung, Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta.Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batasjangkauan manusia, malah suka Awan Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba Bagaikan Puteri Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliranmenujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawamenghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung, Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta.Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batasjangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal.Mereka dari zaman yang berbeza.Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dankebatilan manusia Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dancabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahajacinta yang terpendam.Dani pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati Dia berusaha membawa Haryani kembali semula keabad 21.Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan.Antara dua nyawa dalam jasadnya sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21.Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan.Salah satu kehidupan itu mesti mati Bagaikan Puteripenuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik.Hanya kerana cinta manusia sanggup berperang Cetakan 1 2005Cetakan 2 , 3 2006Cetakan 4 , 5 2007Cetakan 6 , 7 2008Cetakan 8 , 9 2009Cetakan 10 2010Cetakan 11 , 12 2011Cetakan 13 2012
    Bagaikan Puteri By Ramlee Awang Murshid

    • ☆ Bagaikan Puteri ☆ Ramlee Awang Murshid
      250 Ramlee Awang Murshid

    One thought on “Bagaikan Puteri

    1. Naim AlKalantani on said:

      Plot asal novel ini hanyalah bagaimana Laksamana Sunan ingin membunuh Nyi Burga Kelara Tetapi plot telah dipesongkan dengan 1 Bagaimana kisah Laksamana Sunan bertarung dengan Hang Tuah.2 Bagaimana Haryani ingin kembali ke abad 21.Tuan RAM sangat berprestij untuk menulis naskah sebegini Rata rata memang memuji naskahnya Tuan RAM menyelitkan ketamakkan Sultan Melaka dan kebodohan Hang Tuah menjadikan jalan cerita begitu segar, walaupun Laksamana Sunan hanyalah rekaan, tetapi ada mengenai Hang Tuah [...]

    2. cacinta on said:

      I usually borrow Malay novels from the multitude of friends that read them, and finish with a Well was OK But I actually ended up buying Bagaikan Puteri It has an honoured place on my bookshelf right now.Firstly, I m not a big fan of all the different types of romance out there, but I was so love struck with Laksamana Sunan, I ended up sighing about him with the rest of the girls I ve heard some say that the story was too fantastic, but what s wrong with a little fantasy It takes a good writer t [...]

    3. Cik Pah on said:

      Membaca kisah berkaitan ragut, buat Cik Pah trauma Ya Cik Pah juga mangsa ragut Apabila melihat parut parut luka yang hodoh rasa sakit hati dengan peragut yang bertopengkan manusia Tapi tak sampai la koma macam Haryani watak utama dalam Bagaikan Puteri Alhamdulillah.Kisahnya, Haryani dan sahabatnya Rita telah menonton teater Puteri Gunung Ledang Perbualan mereka masih lagi berkisar mengenai PGL dan Hang Tuah sehinggalah satu tragedi ragut telah membuat Haryani koma dan rohnya telah terlontar ke [...]

    4. Asmar Shah on said:

      4.5 Untuk buku sunan pertama ini Nantilah review 27hb March 2014Bagaikan Puteri Hmm, rasanya saya orang yang lambat membaca naskah ini dikalangan sahabat sahabat rapat yang memang gila buku Maklumlah di kawasan tempat tinggal saya memang kurang didedahkan dengan buku buku thriller dan sewaktu dengannya melainkan buku buku cinta yang berlambak Untuk mencari koleksi RAM yang lama, memang agak sukar kecuali pergi ke Kota Kinabalu Kat sana pun, memang sangat terhad berbanding di tanah semenanjung Ma [...]

    5. Syahira Sharif on said:

      It was during 2007 that I picked up this book in Berjaya Megamall Kuantan s Popular bookstore before a ride back to my matric college While in Rahmat Alam s old and very crowded bus, I began to read.For the first time in my life, I was suitably impressed that finally Alaf 21 able to publish this enchanting tale of 16th century historical time travelling fantasy romance I was captivated and finished the book in record time since I can t put it down Every chapter was flowing flawlessly Every word [...]

    6. Hilmi Isa on said:

      Ini merupakan kali kedua saya membaca novel epik kepahlawanan Melayu Islam ini Saya perlu mengakui bahawa saya masih menyukainya seperti mana ketika pertama kali saya membacanya beberapa tahun yang lalu.Sedikit kisah sejarah antara saya dan novel yang bertajuk Bagaikan Puteri BP hasil karya penulisnya,Ramlee Awang Murshid RAM Saya mula berminat untuk membeli dan membaca BP pada tahun 2010 jika saya tidak silap Tidak dinafikan,sebelumnya,terdapat seorang kawan saya yang memperkenalkan novel ini d [...]

    7. Hajar on said:

      11 06 2014Kalau disebut nama Laksamana Sunan, memang pengetahuan Haryani sifar berbanding jika disebut nama Laksamana Hang Tuah lima bersaudara Sungguh pun kata mereka Laksamana Sunan itu terkenal di Aceh, Haryani tak peduli Jadi, tak hairanlah jika mushaf yang diberikan oleh salah seorang teman ayahnya hanya dipandang sepi walaupun bait bait ayat di dalam mushaf yang ditulis oleh Laksamana Sunan itu seolah olah ditujukan untuk Haryani Namun, sesuatu yang ajaib telah berlaku bila Haryani disahka [...]

    8. Ain on said:

      Tajuk buku Bagaikan PuteriPenulis Ramlee Awang MurshidKeluaran Alaf 21Halaman 574 m sUlasan Ain Sabrina Bagaikan Puteri , kisah fiksyen yang ada dua zaman Satu kisah di penghujung kurun ke 15 dan satu lagi kisah di abad 21 Kisah yang tak terjangkau akal.Kisah di penghujung kurun ke 15, dikisahkan seorang laksamana hebat yang digelar Laksama Sunan yang nama sebenarnya adalah Saifudin Di sebalik kehebatannya sebagai laksama, ada kisah lama yang tersembunyi Kisah lalu yang menyebabkan dia membawa d [...]

    9. Gobokairina on said:

      Sebagai manusiaaku sayang padamu pg 565Dalam buku pertama ni diulang 2 kaliewah Ewah Kenyataan aku memang sokong Ratna tanpa berpaling hahaha PFull review 02 07 2014Misi untuk ulang baca sebab kemunculan prequelnya Kebetulan, di GR aku masih belum update bukunya selain Sunan Musafir Jadi apa salahnya aku mencapai naskhah ini semula Hasilnya perasaan yang sama, untuk kesekian kalinya RAM dan Laksamana Sunan memang serasi bersama Tolak si puteri Haryani, aku memang suka sangat dengan naskhah penge [...]

    10. Juliza on said:

      4.5 bintang Tidak sehelai daun pun yang gugur ke bumi tanpa pengetahuan Allah Ini kisah epik yang dilatari dua zaman dengan berciri kemistikan serta kependekaran tapi tetap bertunjangkan agama Dan, ini buku pertama RAM yang hamba benar benar suka Gerabak bahasanya lebih bagus dari beberapa buah buku RAM yang hamba baca sebelum ini Dia bukan bad boy Dia juga bukan jutawan pewaris syarikat besar Dia adalah seorang Saifudin di penghujung kurun ke 15 Dia juga seorang Laksamana Sunan yang cukup terbi [...]

    11. Faizah Roslaini on said:

      Ahh Saya kini cukup terpana dengan Laksmana Sunan Hati mana yang tidak terpaut kepada insan yang teguh beragama dan handal pula berpencak melawan musuh Namun pada saya yang lebih istimewa adalah latarbelakangnya yang mengambil zaman kegemilangan Melayu Saya cukup gemar karya karya sebegini kerana ia mengingatkan diri kepada keagungan dan kekuatan bangsa Karya karya FT seperti 1515 turut memberikan impak yang serupa Ia mengingatkan kepada keindahan budaya, kehalusan santun, adab sopan serta budi [...]

    12. ALIA on said:

      Sebagai manusia aku sayang padamu Laksamana Sunan Ayat paling berhantu dalam novel ni Seperti Ratu Sulaman, hatiku juga bergetar bila membacanya HahahaOriginality plot memang superb First time baca cerita macam ni Tapi mungkin cara penulisan bukan my cup of tea Ada sesetengah ayat banyak rasanya yg sukar utk dihadam Jadi bila tak faham kenalah ulang baca ayat yang sama 2 3 kali utk memahamkan apa yg hendak disampaikan So agak penat disitu Yup Memang penat nak habiskan naskah ni Tapi overall stil [...]

    13. Yana on said:

      Buku pertama dalam siri Sunanharapan Yana nak memenuhkan rak di Mini Pustaka dengan 8 siri Sunan yang lain

    14. Fatini Zulkifli on said:

      Nak cakap tentang sinopsis, orang lain dah tulis Jadi saya pilih untuk bercakap tentang satu aspek iaitu Haryani koma Komen ini disusuli dengan ilmu di universiti, pengalaman dan bacaan dari beberapa buku seperti Islam dan Neurosains dan Al Qur an dan Sains Pemetaan Rintis Penyelidikan Muka surat 294 dan 295 katanya otak orang koma biasanya mampu bertahan seminggu Muka surat 68, Dr Wong cakap jika tiada perkembangan selepas 7 hari, Haryani akan disahkan mati Jadi kita faham bahawa keadaan otak m [...]

    15. MamaErra on said:

      Semenjak membaca Rahsia Perindu dan Hatiku di Harajuku, aku terpanggil untuk membaca novel novel karya RAM yang seterusnya.Sekali lagi RAM memberikan satu kelainan di dalam novelnya kali ini Beliau mengajak pembaca meneroka ke dua alam yang berbeza melalui watak Haryani iaitu ketika dia terlantar koma di hospital Jasadnya berada di dunia masa kini manakala rohnya berada di zaman penghujung kurun ke 15 Di zaman itulah Haryani bertemu dengan Laksamana Sunan yang terkenal di Acheh, lalu jatuh hati [...]

    16. CekMoNSter on said:

      Mengulit buku ini ibarat membaca satu legenda yang boleh dikatakan setara dengan legenda melayu yang lain.Kepintaran sang penulis dalam mengolah bahasa dan fakta supaya seiring turut menambahkan lagi rasa bahawa buku ini bukan sekadar satu rekaanya mula mencari buku ini sejak beberapa tahun yang lalu Pencarian bagaimanapun berakhir di sebuah perpustakaan Memang tak disangkaMelalui perwatakan yang ditampilkan dapat dirasa bagaimana watak haryani berkembang dan menjadi matang.Dari seorang gadis ya [...]

    17. Nuur on said:

      Awan Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba Buku ini membawa saya terpesona dengan watak laksamana sunan

    18. Aina Dayana Hilmi on said:

      masih ada lagikah orang seperti Sunan Subhanallah tertarik sungguh dengan watak Laksamana Sunan He inspires me to be a better person insya Allah

    19. Ajako on said:

      RAM membawakan mesej yang amat serius di dalam trilogi kali ini Ya, trilogy bermaksud tiga buah novel yang saling berkait dan perlu dibaca bersama Untuk itu, aku telah mempersiapkan diri dengan membaca lima buah karya beliau terlebih dahulu Ibarat appetizer sebelum menyantap hidangan utama.Laksamana Sunan, sebuah nama yang mendominasi Bagaikan Puteri BP dan dua buah novel kembarannya selepas ini En Fakerol dulu pernah berkata beliau amat tertarik dengan karekter Laksamana Sunan dan mahu hidup se [...]

    20. Ulya on said:

      Lenggok bahasa yang bersahaja, tapi menyentuh aspek2 islamic yang mendalam dan menonjolkan sifat2 kepahlawanan Melayu yang unggul kehalusan budi perkerti dan tatatertib Melayu juga terserlahHowever, i m not too keen on the fact that Laksamana Sunan, a sufi, could fall for Haryani, a modern girl, who loves the night life I mean, i m all for the you can t help who you fall for line, but as a sufi, i would have thought that he would pick a girl based on Islamic conditions religion over beauty Also, [...]

    21. ©lukisan athirah espada on said:

      Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung.Awan kalau dapat kucapai maka saktilah hamba Kamu bagaikan puteri, Haryani Kalimat yang sungguh berpuitis ini membuatkan saya terus terpikat dengan watak Laksamana Sunan Saifudin Jalis.

    22. Mazuin Abd Basha on said:

      Kagum dgn laksamana sunan yg sentiasa ingat tuhan, sentiasa tenang dan rajin bagi nasihat tak kira siapa saja termasuklah manusia penyembah syaitan Sarat dgn mesej2 akidah dan tauhid Tiba2 rasa seram terutamanya bila Haryani dibawa masuk ke Hutan Belud di tanah jajahan sultan sulu olehB_L_N Hehe mitos di sabah, tak boleh sebut nama makhluk tu nnt dia

    23. Nor Azzah on said:

      Penulis telah berjaya memasukkan unsur unsur nasihat yang amat baik dalam novel Nilai kebergantungan kepada Ilahi ditekankan dengan jelas Biar bagaimana hebat pun Laksamana Sunan, beliau tidak angkuh dengan kelebihan yang dimiliki.

    24. Hafiz D on said:

      Permulaan novel ini agak mengecewakan seperti membaca prosa pendek tanpa jiwa tetapi separuh terakhir novel ini penulis berjaya mendapat rentak dan menghasilkan rentak yang lancar.

    25. zhfz n. on said:

      Pembacaan terganggu bila terdapat beberapa kesalahan seperti ketika Sunan berbicara dengan Wali Sufi tentang Nyi Burga Kelara, namanya disebut sebagai Hamzah Terkadang kata panggilan ibu Haryani sekejap Makcik, sekejap Aunty Malah, watak Haryani pada mulanya anak tunggal, kemudian anak bongsu, kemudian anak tunggal kembali Namun, ketika dikebumikan, dia mempunyai dua orang abang Semoga ada semakan dari pihak penulis, kerana kesilapan seperti ini mencacatkan pembacaan saya Walaupun demikian, I en [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *